Set Wanderlust - Jepun dan Norway & Sweden

Regular price RM50.00 MYR Sale

 TOKYO DAN OSAKA DALAM 8 HARI

Tokyo dan Osaka dalam 8 Hari merakamkan perjalanan lapan orang sahabat ke beberapa bandar menarik di Jepun. Bermula dengan Tokyo, mereka menaiki bas ke Kawaguchiko untuk melihat Gunung Fuji. Kemudian meneruskan perjalanan ke Osaka dengan Shinkansen.

Melawat Osaka Castle yang terkenal dan masuk ke Universal Studio Japan. Sehari di Kyoto mencuba kimono dan berjalan-jalan di Arashimaya. Singgah di Kobe, salah satu pelabuhan terkenal di Jepun dan pernah dilanda gempa sehingga menyebabkan kerosakan teruk.

Hari akhir ke Nara bermain dengan rusa dan pulang ke Kuala Lumpur dengan kenangan berharga.

Baca pengalaman kami melihat budaya orang Jepun, makan makanan Jepun dan kejadian haru-biru yang kami lalui sepanjang lapan hari di negara matahari terbit ini.

Keyword: Travelog, Tokyo, Osaka, Jepun

Penulis: Noor Hayati Yasmin, Norsa'adah Ahmad

Terbitan: 2018

Halaman: 168 mukasurat

****

NORWAY & SWEDEN DALAM 10 HARI

"Kau sedar tak berapa kita bayar untuk masuk tandas tadi?" Tanya Azwa.

Aku terpinga-pinga cuba mengingat kembali bayaran yang dibuat.

"Kita bayar NOK20?" Tiba-tiba aku rasa seperti hendak tercekik.

"Ya, kita bayar RM10 untuk masuk tandas." Azwa mengiyakan.

Itulah siapa suruh melancong ke Norway. Serba-serbi mahal.

Jawapannya satu perkataan sahaja.

Aurora.

Keyword: Travelog, Norway, Sweden, Oslo, Aurora

Penulis: Noor Hayati Yasmin

Terbitan: 2018

Halaman: 168 mukasurat