Set Self Help - Misi Menjadi Minimalis & Bangkit Selepas Gagal

Set Self Help - Misi Menjadi Minimalis & Bangkit Selepas Gagal

Regular price RM50.00 MYR Sale

Misi Menjadi Minimalis

Langkah demi langkah untuk hidup lebih ringkas

Oleh: Dr Noor Hayati Yasmin Nga Timin

Buku Misi Menjadi Minimalis berkisar tentang minimalisme dan bagaimana penulis berusaha menjadi seorang minimalis.

Penulis menghuraikan konsep minimalisme dan faedah menjadi minimalis. Pembaca didedahkan sebab penulis berusaha mengamalkan cara hidup minimalis

Penulis menceritakan proses mengemas setiap kategori barang di rumah. Bagaimana mahu memilih barang yang mahu disimpan dan apa yang dilakukan terhadap barang yang tak diperlukan. Bukan saja barang berbentuk fizikal malahan penulis berkongsi usaha menjadi minimalis dalam pengurusan digital dan kewangan.

Halaman: 170

Terbitan: Januari 2020

 

Boleh baca sampel di sini.

Bab sampel ini sebahagian daripada buku Misi Mencari Minimalis dan terlindung sebagai hak cipta terpelihara.

*****

BANGKIT SELEPAS GAGAL

Saya memberi salam kepada profesor R sebaik sahaja menghubungi beliau melalui telefon. Kemudian saya memberikan nama penuh dan nombor giliran peperiksaan.

Dua perkataan yang diucapkan Prof R mengesahkan bahawa saya telah gagal. Katanya,

"Cuba lagi."

"Maknanya saya gagal?"

Prof R mengiyakan.

Dunia terasa gelap seketika. Lapangan terbang Kota Bharu yang lapang kerana tidak ramai pengunjung terasa berbalam-balam. Saya kembali ke ruang di mana kawan-kawan baik saya sedang duduk berkumpul.

Saya khabarkan pada mereka akan kegagalan saya. Saya tahu pandangan yang mereka lontarkan adalah pandangan simpati. Simpati kerana saya tidak berjaya melepasi peperiksaan ini.

Hati saya terasa sakit. Lebih-lebih lagi kawan-kawan baik saya yang juga merupakan teman kumpulan belajar semuanya lulus. Saya seorang sahaja yang gagal antara kami berempat.

Adakah ini bermakna saya seorang yang bodoh?

Kategori: Self help, Motivasi

Halaman: 220