Sehari di A&E

Regular price RM30.00 MYR Sale

Cerita di sebalik tabir Jabatan Kecemasan dan Trauma

Pernahkah anda menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan? Pernahkah anda bertelingkah dengan kakitangannya? Hampir mengamuk kerana menunggu terlalu lama? Naik bosan nombor giliran tidak dipanggil? Kisah di Jabatan Kecemasan & Trauma atau A&E telah merungkai emosi dan kerenah masyarakat pengunjungnya. Buku Sehari di A&E menjawab segala persoalan, rungutan dan kerenah.

Buku Sehari di A&E menyingkap luahan hati seorang doktor yang bertugas di Jabatan Kecemasan. Selami suka duka kehidupan doktor di A&E dan mengungkai kisah-kisah di sebalik tabir yang tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Mengapa ia amat menduga hati, mencabar emosi dan menuntut kesabaran yang tinggi apabila berdepan dengan ragam pesakit, ahli keluarga pesakit dan masyarakat setiap hari. Pertembungan antara kerjaya, kehidupan dan amanah yang dipikul.

Ketahui:

  • Punca-punca kelewatan dalam pengendalian kes perubatan
  • Cara Pegawai Perubatan menangani masalah kehidupan yang dihadapi pesakit
  • Kisah-kisah yang menyingkap permasalah sosial dalam masyarakat serta mengajak pembaca untuk lebih menghargai erti kehidupan dan nikmat yang selama ini tidak pernah difikirkan atau terlepas pandang
  • Hakikat sebuah kehidupan, erti kesakitan dan harga sebuah kematian

Keyword: Perubatan, Kerjaya, Doktor

Penulis: Dr. Noor Hayati Yasmin Nga Timin

Halaman: 244

Terbitan: 2015

Harga asal: RM39.90