2020 Projek Orkid: Masih Ada Yang Sayang

Regular price RM25.00 MYR Sale

Kisah Pejuang Kesihatan Mental

Penyakit mental menjadi penyakit kedua tertinggi yang dialami oleh masyarakat Malaysia selepas penyakit jantung. Projek Orkid mengumpulkan kisah pemandiri (survivor) penyakit mental. Orkid melambangkan ketabahan dan kekuatan jiwa. Reben berwarna hijau pula adalah simbol dalam kempen kesedaran penyakit mental. Ayuh kita berempati dengan golongan yang menghadapi isu dan cabaran berkaitan kesihatan mental.

Buku ini mengumpulkan kisah pejuang penyakit mental yang terus berusaha untuk pulih.

"Jika kita merasakan ujian dan dugaan dari Tuhan itu sebesar kapal, ingatlah rahmat dan nikmat dari Tuhan seluas lautan. Selamat membaca dan semoga kita semua akan menjadi pembaca yang positif dan sihat mindanya."

Puan Rafidah Abdul Aziz, Presiden Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA)

"Masalah kesihatan mental perlu dipandang serius dengan usaha dan pengetahuan yang sewajarnya. Ada sumber yang banyak untuk masyarakat lebih memahami tentang kesihatan mental dalam zaman moden ini. Salah satunya adalah dengan membaca buku ini."

Dr. Ahmad Rostam Md Zin, Pakar Psikiatri & Felo Psikiatri Konsultansi Liaison, Kementerian Kesihatan Malaysia

Senarai penulis:

Annur Rahim, Birha, Bunga Warna, Dr Ahmad Rostam, Dr Erna, Dr Nurul Khairiyah, Hajar Abdullah, Hanan Safiya, Izz Dalily, Kamarul Izzat, Khawlah, Mimi Musa, Noor Jahan Ebrahim, Nur Mardhiah Mohd Rashid, Que, Rasyada, Ria, Shafikah, Siti Suhaila Samian, Zaza Ramli

Penyelenggara:
Norsa'adah Ahmad, Dr. Noor Hayati Yasmin

Kategori: Biblioterapi, Kesihatan

Halaman: 280

Terbitan: 2020

ISBN: 978967 2435006

Harga asal: RM29 (SM) / RM32 (Sabah/Sarawak)

PRE-ORDER SEBELUM 29 FEB 2020 DENGAN HARGA RM25

Boleh baca sampel buku dan petikan kisah di sini:
Senarai kandungan dan pendahuluan
Petikan kisah Kerana Dia Adikku oleh Siti Suhaila Samian