Mudahnya Mengurus Kekayaan Dalam Islam

Regular price RM30.00 MYR Sale

Rezeki dan kekayaan adalah anugerah Tuhan kepada manusia. Orang Islam bertanggungjawab menguruskan kekayaan berpandukan syariah bermula dengan mencari sumber pendapatan yang halal, membelanjakan harta dan akhirnya mengagihkan harta kepada waris secara khusus atau masyarakat secara umum.

 Islam sebagai cara hidup memberi panduan yang mudah untuk menguruskan kekayaan dan harta. Pelbagai penyelesaian praktikal berlandaskan syariah telah dihuraikan para ulama untuk mengatasi dilema kewangan peribadi anda. Ianya sesuai untuk pengamal industri kewangan seperti ejen takaful, konsultan unit amanah dan perancang harta pusaka kerana ia mengandungi proses perancangan kewangan secara menyeluruh.

Buku ini dihasilkan atas kesedaran bahawa ramai individu menghadapi dilema dalam pengurusan kewangan dan ingin tahu bagaimana beralih kepada sistem yang patuh syariah. Semoga ilmu ini menjadi nilai tambah dalam memberikan perkhidmatan yang profesional kepada pelanggan anda.

 Ketahui:

  • Apakah konsep harta dan kekayaan dalam Islam
  • Empat komponen penting dalam perancangan kewangan Islam
  • Strategi pengurusan kewangan patuh syariah
  • Produk kewangan Islam di pasaran dan perbandingan dengan produk konvensional
  • Apakah ciri-ciri riba, gharar dan maisir dalam kewangan
  • Bagaimana melaksanakan pengurusan kewangan patuh syariah
  • Bagaimana untuk memilih produk kewangan yang sesuai dengan keperluan anda

Keyword: Kewangan, Islam

Penulis: Norsa'adah Ahmad

Halaman: 144

Terbitan: 2014

Harga asal: RM39.90