Misi Menjadi Minimalis
Langkah demi langkah untuk hidup lebih ringkas
Oleh: Dr Noor Hayati Yasmin Nga Timin
Buku Misi Menjadi Minimalis berkisar tentang minimalisme dan bagaimana penulis berusaha menjadi seorang minimalis.
Penulis menghuraikan konsep minimalisme dan faedah menjadi minimalis. Pembaca didedahkan sebab penulis berusaha mengamalkan cara hidup minimalis
Penulis menceritakan proses mengemas setiap kategori barang di rumah. Bagaimana mahu memilih barang yang mahu disimpan dan apa yang dilakukan terhadap barang yang tak diperlukan. Bukan saja barang berbentuk fizikal malahan penulis berkongsi usaha menjadi minimalis dalam pengurusan digital dan kewangan.
Halaman: 170
Terbitan: Januari 2020
Harga Semenanjung: RM25
Harga Sabah/Sarawak: RM28
Boleh baca sampel di sini.
Bab sampel ini sebahagian daripada buku Misi Mencari Minimalis dan terlindung sebagai hak cipta terpelihara.
Boleh baca ulasan pembaca di sini.