GST Untuk Bisnes dan Peniaga

Regular price RM35.00 MYR Sale

GST mula dilaksanakan pada 1 April 2015. GST menggantikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan yang telah diamalkan sejak 1970-an. Pemahaman tentang pelaksanaan GST membantu peniaga untuk membuat keputusan yang wajar dalam perniagaan dan operasi syarikat sama ada daripada segi strategi bisnes, pembangunan modal insan dan pengurusan alir tunai.

 Buku ini menyenaraikan 40 soalan penting berkaitan GST khusus untuk memberi pendedahan kepada peniaga dan mereka yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan GST di peringkat syarikat atau organisasi masing-masing. Contoh yang mudah difahami dan relevan disertakan untuk menjelaskan sesuatu terma atau layanan GST kepada perkara tertentu.

Antara soalan yang bakal terjawab:

  • Apakah itu GST?
  • Bagaimana mendaftar sebagai orang kena cukai?
  • Apakah konsep dan kaedah pelaksanaan GST di Malaysia?
  • Bagaimana mengira GST ke atas harga barang dan perkhidmatan?
  • Apakah mekanisme cukai input dan cukai output dalam GST?
  • Bagaimana menyediakan Penyata Cukai GST?
  • Apakah kesalahan utama di bawah perundangan GST?
  • Apakah implikasi GST dalam industri pengilangan, peruncitan, sektor perkhidmatan dan hartanah?

Keyword: Cukai, Kewangan, Bisnes

Penulis: Norsa'adah Ahmad

Halaman: 230

Terbitan: 2015

Harga asal: RM44.90