Set Penulis - Mudahnya Menulis Buku dan 101 Rahsia Penulis Bestseller

Set Penulis - Mudahnya Menulis Buku dan 101 Rahsia Penulis Bestseller

Regular price RM50.00 MYR Sale

SET PANDUAN BUAT PENULIS

MUDAHNYA MENULIS BUKU

Ramai orang ingin menjadi penulis tetapi berapa ramai yang berjaya menulis buku?

Anda mahu menulis buku tetapi tidak tahu bagaimana caranya?

Bagaimana untuk mengekalkan momentum untuk terus menulis secara konsisten?

Buku ini akan menjawab persoalan anda dengan menyediakan panduan kritikal bagi mereka yang mengimpikan untuk mencurahkan pemikiran mereka dalam bentuk penulisan dan baru pertama kali menghasilkan buku.

Ketahui:

Rahsia buat duit dengan menulis buku

Tip-tip mendapatkan idea penulisan dan konsisten menulis sehingga buku siap

Langkah mudah dan praktikal untuk menghasilkan buku yang berkualiti dan diterima pasaran

Bagaimana mencari masa untuk menulis sedangkan anda seorang yang sibuk dengan kerjaya dan keluarga

Formula transformasi diri daripada pembaca kepada seorang penulis

Tiga kriteria penting yang harus ada dalam buku untuk membezakan buku anda daripada buku pesaing

Teknik menulis yang ringkas tetapi berkesan

Kaedah mengatasi masalah buntu ketika menulis

Melihat impian anda menjadi penulis buku menjadi kenyataan

Keyword: Penulisan

Penulis: Dr. Noor Hayati Yasmin 

Halaman: 260 mukasurat

Terbitan: 2014

Harga asal: RM39.90

 

101 RAHSIA PENULIS BESTSELLER

Ramai yang ingin menulis tetapi tidak berani memulakan langkah atau tidak tahu bagaimana cara untuk melakukannya. Sudah bertahun-tahun menyimpan keinginan untuk menulis buku. Tetapi - saya tiada masa! Saya bukan seorang penulis! Saya akan lakukannya satu hari nanti.

Buku ini menekankan beberapa aspek untuk menjadi penulis BESTSELLER hebat. Bagaimana untuk menghasilkan penulisan yang baik? Apakah persediaan yang perlu diketahui sebelum, semasa dan selepas penghasilan buku? Bagaimana memantapkan diri untuk menjadi seorang penulis hebat?

Mengapa anda perlu membeli dan membaca buku ini:

  • Menjadi salah satu pilihan pembeli yang ingin merealisasikan keinginan menjadi penulis
  • Memberi cadangan jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh penulis-penulis baru
  • Memberi keyakinan dan meningkatkan motivasi individu yang ingin menulis buku tetapi masih belum berjaya merealisasikan hasratnya itu
  • Dapat mengetahui resepi penulis terdahulu dalam penghasilan buku yang hebat
  • Ketahui tip-tip mudah memperoleh idea untuk penulisan daripada penulis-penulis ternama

Keyword: Penulisan

Penulis: Dr. Noor Hayati Yasmin 

Halaman: 200

Harga asal: RM39.90