Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan

Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan

Regular price RM25.00 MYR RM23.00 MYR Sale

MAKLUMAT BUKU:
Judul: Buya Hamka Berbicara tentang Perempuan
ISBN: 9789671797112
Penerbit: Jejak Tarbiah
Tahun: 2021

SINOPSIS:
Buya HAMKA Berbicara tentang Perempuan merupakan sebuah karya yang menyoroti topik perempuan dalam pandangan Islam. Ia membahaskan kemuliaan perempuan dan berbagai-bagai peranannya dalam kehidupan. Dengan huraian-huraian berdasarkan dalil al-Quran, hadis dan sejarah Nabi Muhammad SAW.

HAMKA mengutarakan bahawa tiada agama lain atau sistem lain yang lebih terbaik daripada Islam dalam memberi penghormatan kepada kaum perempuan. Naskhah ini turut membawa wacana dan idea bahawa hak dan kewajipan perempuan beriman sama dengan hak lelaki beriman. Namun tidak sehingga terikut dan melampau seperti mana yang turut dinyatakan dalam al-Quran. Karya ini menerangkan dengan nyata perkara dan tugas bersama yang dihadapi mereka.

Buku yang bertutur tentang perempuan ini merupakan salah satu daripada sekian banyak karya Buya HAMKA. Buku ini salah satu langkah beliau untuk menjelaskan sesungguhnya kedudukan perempuan dalam Islam begitu istimewa.