Bukan Doktor Gugel

Regular price RM32.00 MYR Sale

Vaksin penyebab autism? Ujian air gula penyebab diabetis ibu mengandung? Mandi ketika berpeluh penyebab panau? Resdung berpunca daripada ulat? Mandi malam penyebab paru-paru berair? Bolehkah menyusu bayi selama dua tahun tanpa makanan lain?

Sebelum era digital lagi telah banyak kepercayaan meleset dan mitos yang berlegar dalam khalayak. Namun setelah meledaknya teknologi maklumat dan lagirnya 'Encik Gugel' kecelaruan maklumat menjadi lebih rencam dan meluas. Segala maklumat berkaitan penjagaan kesihatan dan rawatan menjadi lebih mudah diakses. Lebih kritikal, siapa saja boleh memuatnaik sebarang info tanpa perlu pengesahan, semakan atau kelulusan.

Natijahnya, sesiapa sahaja boleh mempropagandakan kefahaman dan salah faham mereka sehingga menjadi satu kepercayaan yang sukar dikikis dalam masyarakat. Sesiapa saja boleh menjadi doktor. Ya, 'Doktor Gugel'.

Naskhah ini menghimpun sejumlah persoalan yang sering menular dalam masyarakat sekaligus menjadi punca kekalutan ini dan dijawab oleh individu yang berkelayakan dan terdidik dalam disiplin yang wajar dan relevan dalam isu yang berkenaan.

Penulis:

Dr Suhazeli Abdullah, Dr Hana Hadzrami, Dr Kamarul Ariffin, Dr Noor Hayati Yasmin, Dr Fahd Razy, Dr Shakirah Mohamed, Dr Tauhid Tarmuin, Dr Nor Anita Omar, Dr Jacknaim, Dr Suhaidin Che Ngah, Dr Hazreen Abdul Rashid, Dr Firdaus Hariri, Dr Mazlyn Mustapha, Dr Tengku Nur Atiqah, Dziehan Mustapa, Fahmi Hassan, Ruqayyah Muhd

Penampilan khas: Ustaz Zahiruddin Zabidi

Terbitan: Kata-Pillar Books, Mei 2017

Halaman: 300