Backpack India: Punjab ke Kashmir

Regular price RM25.00 MYR Sale

Saya tak pernah terfikir nak ke India. Pernah saya jawab dengan tegas, saya takkan jejakkan kaki ke negara itu. Sesungguhnya manusia itu diuji dengan kata-katanya terutamanya yang terlebih yakin tu.

Saya setuju untuk ikut Anie dan Aina meneroka India selama sebulan. Tapi disebabkan ada halangan, saya cuma menyertai mereka berdua pada sembilan hari terakhir kembara mereka ke tanah air Salman Khan itu.

India ialah negara yang paling buruk pernah saya lawati. Tapi India jugalah negara paling indah dalam 16 negara yang pernah saya jejak sebelum ini.

Ada tempat yang paling kotor pernah saya lihat. Tapi di sebahagian daerah, ia begitu bersih sehingga ke belakang bangunan.

Saya juga berjumpa manusia gila seks semasa di sana tapi tak kurang juga manusia jujur yang saya temui. 

Semua negara pun begitu. Tapi India ekstrem. Sama ada paling hebat atau sebaliknya.

Memang betullah tu. Incredibel India.

Penulis: Normi NAS

Penerbit: Kasi Terbit PLT

Terbitan: 2019

Halaman: 216