Backpack Harbin -23°C

Regular price RM25.00 MYR Sale

Asalnya, saya alami kecederaan iaitu patah kaki. Saya perlu rehat atas katil selama 6 minggu. Patah yang bukan biasa-biasa. Waktu itu, setiap hari kerjanya tengok TV. Tiba-tiba saya terlihat satu rancangan Korea yang mempamerkan kawasan penuh salji. Terus saya memasang impian. "Aku akan jejakkan kaki ke negara salji tahun depan!"

Tak sampai setahun, nah, sampai! Tapi bukan ke Korea. Harbin! Sebuah wilayah di China yang berhampiran dengan Rusia. Fuh! Buat pertama kali dalam hidup, saya mengalami suhu -23° Celcius. Gila!

Di Harbin, saya melawat Festival Ais dan Salji Antarabangsa. Bongkah-bongkah ais diukir menjadi struktur terkenal di dunia. Salji juga dibentuk pelbagai rupa. Hasilnya menakjubkan!

Saya juga meneroka bandar Mudanjiang. Kemudian saya ke Suifenhe, betul-betul di sempadan China - Russia. Memang unik pertembungan dua budaya di sana.

Nak tahu lebih lagi? Dapatkan buku ini dan beranganlah!

Penulis: Normi NAS

Penerbit: Kasi Terbit PLT

Terbitan: 2020

Halaman: 200