Backpack Brunei: Datang Disambut Taufan

Regular price RM15.00 MYR Sale

Brunei, sebuah negara yang kecil tetapi kaya dan unik.

Ia merupakan sebuah negara dengan pemerintahan monarki mutlak. Terbahagi kepada dua bahagian yang dipisahkan oleh Limbang, Sarawak.

Mengembara ke Brunei, bunyinya seperti pelancongan santai dan tenang. Namun tidak kepada penulisnya. Baru sahaja kapal terbang yang dinaiki Normi memasuki ruang udara Brunei, ia terus digegarkan dengan taufan. Angin yang sangat kuat yang menggoncangkan kapal terbang. Ramai mula cemas. Jantung berdegup laju. Suara bacaan al-Quran kemudian kedengaran untuk menenangkan hati penumpang.

Nampaknya pengembaraan ke Brunei ini tidak setenang difikirkan.

Apa yang berlaku seterusnya?

Apa yang memukau di Brunei?

Bagaimana pula karakter dan budaya orang Brunei?

Semua akan dikongsikan dalam buku ini.

Dah pegang, jangan letak balik ya. Terus ambil, belil dan bawa ke rumah.

Penulis: Normi NAS

Penerbit: Kasi Terbit PLT

Terbitan: 2020

Halaman: 91