Ahli Alkimia - Novel Bestseller Paulo Coelho (BM)

Ahli Alkimia - Novel Bestseller Paulo Coelho (BM)

Regular price RM35.00 MYR Sale

MAKLUMAT BUKU:
Judul: Ahli Alkimia oleh Paulo Coelho
Terjemahan: Hasri Hasan
ISBN: 978967 1897614
Penerbit: BiblioPress
Tahun: 2021

SINOPSIS:
"Satu-satunya tanggungjawab manusia ialah untuk merealisasikan takdirnya."

Novel Ahli Alkimia, karya Paulo Coelho ini berjaya memikat berjuta-juta pembaca di seluruh dunia. Ceritanya ringkas tetapi penuh dengan kebijaksanaan. Ia mengisahkan seorang budak pengembala dari Andalusia bernama Santiago yang telah merantau dari tempat kelahirannya di Sepanyol menuju ke Afrika Utara untuk mencari harta karun yang tertanam dekat kawasan Piramid, Mesir.

Di sepanjang pengembaraannya, dia telah bertemu dengan seorang wanita Gipsi yang bijak memilih, seorang lelaki yang mengakui dirinya sebagai seorang raja dan juga seorang ahli alkimia yang membantu Santiago dalam kembara pencariannya.

Namun begitu, tiada siapa tahu apakah sebenarnya harta karun itu dan adah Santiago berjaya dalam misinya mengatasi halangan demi halangan di sepanjang perjalanannya di padang pasir yang luas itu.

Apa yang bermula sebagai sebuah pengembaraan seorang anak muda menerokai tempat-tempat eksotik dan pencarian kekayaan dunia telah bertukar menjadi sebuah pengembaraan mencari harta yang hanya boleh didapati dalam dirinya sendiri.

Cerita ini membangkitkan semangat, kaya dengan nasihat dan amat manusiawi. Cerita Santiago ini adalah hakikat pasti bahawa manusia perlu mempercayai mimpi dan sudi mendengar kata hatinya sendiri.

----
Novel Paulo Coelho, Ahli Alkimia yang judul asalnya The Alchemist telah mencapai status buku terlaris antarabangsa. Bukunya dibaca berjuta orang di seluruh dunia dan diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain.