Tentang Kami

Dua orang penulis bermula secara tidak formal pada tahun 2011 apabila kami bersama-sama menghadiri seminar penulisan yang diadakan di Petaling Jaya. Dr. Noor Hayati Yasmin dan Norsa'adah mula menghasilkan karya dan diterbitkan.

Buku yang diterbitkan merangkumi pelbagai genre. Beberapa buku diterbitkan oleh penerbit lain, manakala buku lain diterbitkan sendiri oleh penulis dan syarikat kami iaitu Dua Penulis PLT.

Laman web duapenulis.com menjadi platform untuk kami memperkenalkan buku yang diterbitkan dan seterusnya memudahkan pembaca mendapatkan buku kami. Sebilangan besar buku ini tidak dijual di kedai buku.

Kami juga mempelawa penulis lain yang ingin mempromosi buku mereka dalam laman web ini. Semoga bahan yang kami nukilkan dan bawakan kepada pembaca memberi nilai tambah dan memeriahkan lagi industri buku di Malaysia.