Maklumat Penghantaran

Duapenulis.com berusaha untuk membuat penghantaran dalam tempoh yang munasabah. Penghantaran akan dibuat selepas pengesahan bayaran. 

Penghantaran dilakukan dengan perkhidmatan Pos Malaysia. Kadar yang dinyatakan semasa anda daftar keluar selepas membuat pembelian adalah kadar biasa yang dikenakan untuk penghantaran oleh Pos Malaysia.

Penghantaran mungkin mengambil masa 3 - 5 hari bekerja. Tempoh ini bergantung kepada operasi Pos Malaysia. Penghantaran mungkin mengambil masa lebih daripada 3 hari semasa tempoh puncak seperti musim perayaan.

Kami akan menggunakan pilihan penghantaran dengan kos yang berpatutan. Sekiranya anda memerlukan penghantaran ekspres iaitu 1 - 3 hari bekerja, sila hubungi kami melalui whatapps di 019-7517512. Selepas anda membayar kos tambahan, kami akan membuat penghantaran dengan Pos Laju.

Semua butiran penghantaran seperti nombor jejakan akan kami e-melkan kepada anda apabila bungkusan sudah dihantar ke Pejabat Pos Malaysia yang berhampiran.

Anda boleh menyemak nombor jejakan ini di laman web Poslaju bagi penghantaran ekspres atau Pos Malaysia bagi penghantaran biasa.

Anda bertanggungjawab memastikan alamat penghantaran adalah sah, lengkap dan betul. Anda sendiri atau wakil bersedia untuk menerima penghantaran di alamat yang anda berikan semasa melengkapkan belian.

Sila pergi ke Pejabat Pos yang dinyatakan dalam slip penghantaran dalam tempoh yang ditetapkan sekiranya penyerahan gagal dibuat kerana tiada penerima di alamat penghantaran yang dinyatakan.

Pihak duapenulis.com tidak akan membuat penghantaran semula melainkan produk dibuktikan hilang atau rosak. Sila semak nombor jejakan untuk melihat pergerakan produk.

Anda boleh hubungi kami di duapenulis@gmail.com untuk pertanyaan lanjut.