Dasar Privasi & Pemulangan

DASAR PRIVASI

Maklumat Peribadi

Duapenulis.com tidak menjual, berkongsi atau mendagangkan maklumat peribadi yang diambil secara dalam talian dengan pihak ketiga.

Maklumat peribadi yang diambil secara dalam talian hanya untuk kegunaan dalaman oleh Duapenulis.com.

Apabila anda mencipta akaun dengan kami, maklumat peribadi yang kami kumpulkan mungkin merangkumi nama, alamat e-mel, nombor telefon dan alamat penghantaran.

Maklumat peribadi anda yang kami ambil akan digunakan dalam beberapa atau semua cara berikut:

  • Menghantar buku atau produk yang anda beli daripada kami.
  • Mengemas kini maklumat penghantaran buku atau barang dan sokongan pelanggan
  • Memberi anda maklumat buku atau produk yang berkenaan
  • Memproses pesanan anda dan memberi anda perkhidmatan dan maklumat yang ditawarkan melalui laman web kami
  • Mengesahkan dan melakukan transaksi kewangan berkaitan dengan bayaran yang anda lakukan secara dalam talian

Kami mungkin menyerahkan nama dan alamat anda kepada pihak ketiga untuk membuat penghantaran produk kepada anda (sebagai contoh: syarikat kurier atau pembekal).

Apabila anda mendaftar sebagai pengguna di laman web kami, kami juga akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar promosi dan/atau bahan pemasaran dari semasa ke semasa.

Butiran pesanan sebenar anda mungkin disimpan dengan kami. Namun, atas sebab keselamatan ia tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran atau alasan yang munasabah.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengakses maklumat ini dengan log masuk ke akaun anda di laman web kami.

Anda boleh melihat butiran pesanan anda yang sudah lengkap di sini. Anda bertanggungjawab untuk mengendalikan data akses peribadi ini secara sulit dan tidak memberikannya kepada pihak ketiga yang tidak dibenarkan.

Kami tidak menanggung sebarang liabiliti akibat salah guna kata laluan. Kami melindungi maklumat peribadi anda dengan:

  • Mengehadkan akses kepada maklumat peribadi.
  • Mengekalkan produk teknologi untuk menghalang akses komputer yang tidak dibenarkan.
  • Menghapuskan maklumat peribadi anda dengan selamat sekiranya ia tidak lagi diperlukan.

Pendedahan maklumat peribadi

Kami tidak akan berkongsi maklumat anda dengan sebarang organisasi lain kecuali pihak ketiga yang secara langsung berkaitan dengan penghantaran produk yang anda beli daripada laman web kami. 

Perubahan Dasar Privasi

Kami berhak untuk meminda dan mengubah Kenyataan Privasi pada bila-bila masa. Sebarang perubahan kepada dasar ini akan diterbitkan di laman web kami. Anda boleh menghubungi kami di duapenulis@gmail.com untuk sebarang pertanyaan lanjut.

DASAR PEMULANGAN

Semua barangan yang dijual tidak boleh dikembalikan atau dibayar balik. Semua jualan adalah MUKTAMAD melainkan terdapat kerosakan pada item. Kami memeriksa kualiti barangan sebelum penghantaran.