Kombo Bangkit

Regular price RM50.00 MYR Sale

Bangkit Selepas Gagal

Saya memberi salam kepada profesor R sebaik sahaja menghubungi beliau melalui telefon. Kemudian saya memberikan nama penuh dan nombor giliran peperiksaan.

Dua perkataan yang diucapkan Prof R mengesahkan bahawa saya telah gagal. Katanya,

"Cuba lagi."

"Maknanya saya gagal?"

Prof R mengiyakan.

Dunia terasa gelap seketika. Lapangan terbang Kota Bharu yang lapang kerana tidak ramai pengunjung terasa berbalam-balam. Saya kembali ke ruang di mana kawan-kawan baik saya sedang duduk berkumpul.

Saya khabarkan pada mereka akan kegagalan saya. Saya tahu pandangan yang mereka lontarkan adalah pandangan simpati. Simpati kerana saya tidak berjaya melepasi peperiksaan ini.

Hati saya terasa sakit. Lebih-lebih lagi kawan-kawan baik saya yang juga merupakan teman kumpulan belajar semuanya lulus. Saya seorang sahaja yang gagal antara kami berempat.

Adakah ini bermakna saya seorang yang bodoh?

Kategori: Self help, Motivasi

Halaman: 220

Harga asal: RM30 (SM) / RM33 (Sabah/Sarawak)

****

Bila Abah Sakit

19 Mei 2011

  1. Losartan potassium (cozaar) 100 mg OD
  2. Folic acid 10 mg OD
  3. Prazosin (minipres) 5 mg TDS
  4. Amlodipine 10 mg OD
  5. Vit B Co II OD
  6. Ca Carbonate III TDS (1 tablet 500 mg)
  7. Ferrous fumarate II OD (1 tablet 200 mg)
  8. Minoxidil (loniten) 2.5 mg OD
  9. Methyldopa 250 mg TdS
  10. Enalapril (invoril) 20 mg BD

Ini bukan senarai ubat pesakit yang aku tengok di jabatan kecemasan.

Senarai ubat abah yang aku simpan di iPad2. Untuk peringatan agar aku tahu jenis ubat yang abah ambil.

Kini ianya menjadi memori.

Pemilik senarai ubat ini sudah tiada. Dan aku sentiasa merinduinya.

Cuma boleh menatap kenangan. Yang tinggal pada senarai ubat.

Kategori: Memoir

Halaman: 98

Harga asal: RM20 (SM) / RM23 (Sabah/Sarawak)