Set Projek Lavender

Regular price RM50.00 MYR Sale

BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA - OKTOBER 2020

Sempena bulan kesedaran kanser payudara, pembelian set buku Projek Lavender ini akan mendapat diskaun serta merta sebanyak 20% (Jimat RM10). Promosi sah sehingga 31 Oktober 2020.

*****

Projek Lavender diterbitkan dalam dua volume, iaitu:

Projek Lavender: 22 Kisah Pejuang Kanser yang Cekal Melawan

Projek Lavender 2: Kanser, Catatan Hati Tentang Reda

Lavender atau warna ungu cerah ialah warna reben kesedaran kanser secara umum. Buku ini menggabungkan kisah pesakit kanser yang pelbagai seperti kanser payudara, pakreas, hati, paru-paru, usus, limfoma dan leukemia.

Buku pertama mengandungi 22 kisah pejuang kanser yang cekal melawan setiap hari, setiap langkah dan setiap detik.

Buku kedua dalam siri Projek Lavender.

Kanser mengubah kehidupan pesakit dan orang di sekeliling mereka. Kanser sering kali disalah erti sebagai hukuman. Sedangkan penyakit ini takdir Tuhan supaya insan lebih dekat dengan-Nya. Buku ini mengandungi 20 kisah pejuang kanser, penjaga, perawat dan sukarelawan yang melibatkan diri dalam komuniti kanser.

Syukur dan reda menjadi tunggak dalam meneruskan perjuangan.

Berjuang hidup dengan kanser.

Berjuang untuk terus hidup.

Berjuang dan tidak mengalah.

“WE SHARE TO KNOW WE ARE NOT ALONE.”