Projek Untuk Ummah (OUC Sisters)

Pulau Aur - Aku Datang. 

"Inilah anak murid kami. 12 orang semuanya. Daripada Darjah 1 hingga Darjah 6," kata Cikgu Norfaizah.

Aku tergamam. Dalam sebuah pulau yang indah ini, guru yang penuh berdedikasi sanggup meninggalkan kampung halaman. Perjuangan mendidik anak bangsa diteruskan.

Bilangan murid bukan pengukur. Malah kesungguhan seorang guru menerbitkan rasa kagum dalam diri ini.

Jika aku tidak mengikuti program bersama NGO ini, sudah tentu aku tidak dapat melihat sendiri keindahan Pulau Aur.

Jika aku tidak mengikuti program ini, sudah tentu aku tidak kenal sosok yang berkorban jiwa raga demi anak bangsa.

Jika aku tidak mengikuti program ini, sudah tentu aku tidak dapat berukhwah dengan penduduk kampung ini.

Perjalanan dengan bot laju selama 2 jam 30 minit terasa berbaloi. Pergi dan balik dari Jeti Mersing.

Aku mahu orang tahu. Mereka ini sebahagian daripada kita.

- Norsa'adah Ahmad

***

Projek Untuk Ummah (OUC Sisters)

Anda ada kisah yang ingin dikongsikan? 

Projek ini adalah projek khas untuk OUC Sisters. Ukhuwah yang terjalin selama membuka banyak ruang berkongsi ilmu, kepakaran, wang dan tenaga.

Malahan banyak projek yang disertai atau diusahakan oleh OUC Sisters sama ada secara berkumpulan atau individu. Semuanya atas dasar ukhuwah dan manfaat ummah.

Oleh itu, kami membuka ruang untuk anda berkongsi kisah penglibatan anda dalam gerak kerja kebajikan. Biar apa pun bentuknya.

Kami akan memilih 15-20 kisah untuk dibukukan. Matlamat buku ini adalah memberi inspirasi kepada masyarakat tentang keindahan ukhuwah dan manfaat berbagi rezeki.

Tema: Kerja Sukarelawan untuk Ummah

Mesej: Kasih sayang dan perjuangan

Terma & syarat:

1. Tulis kisah anda dalam Bahasa Melayu.

2. Anggaran perkataan ialah 800-2,000 perkataan.

3. Menggunakan ejaan penuh.

4. Kisah adalah benar. Perubahan fakta seperti nama dan tempat dibenarkan untuk melindungi kerahsiaan. Pihak kami berhak menyemak kesahihan maklumat yang diberi.

5. Hantar fail format Microsoft Word ke duapenulis@gmail.com dengan tajuk e-mel "Projek Untuk Ummah".

6. Sertakan maklumat nama penuh, e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi.

7. Hantar sebelum 30 Jun 2018.

8. Jika kisah anda dipilih untuk menjadi buku, kami akan hubungi anda melalui e-mel yang diberikan.

***

Kongsi kisah jika anda pernah menjalankan projek kebajikan sama ada dalam skala kecil atau besar. Individu atau berkumpulan. Setempat atau antarabangsa.

Hubungi kami di duapenulis@gmail.com

Tiada idea untuk menulis? Cuba jawab soalan ini dan tulis kisah anda.

- Nama projek (jika ada)

- Mengapa laksanakan projek? Matlamat utama?

- Apakah dorongan untuk memulakan projek?

- Apakah dorongan untuk menyertai projek?

- Cabang perjuangan seperti pendidikan, membasmi kemiskinan dan kelaparan, bela institusi kekeluargaan (anak yatim, ibu muda, dll), bantuan perubatan, dll.

- Siapa yang terlibat?

- Cabaran melaksanakan projek (kewangan, tenaga, konflik, dll.)

- Kesan kepada diri anda

- Kesan kepada benefisiari (pihak yang menerima manfaat)

- Mesej kepada pembaca

Jangan lupa hantarkan kepada duapenulis@gmail.com sebelum 30 Jun 2018. Selamat menulis.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published