Projek Rak Buku Ruang Tamu

APA YANG ADA PADA RAK BUKU?

Timbul idea untuk memulakan projek ini apabila isu berkaitan rak buku tular di media sosial. Netizen berkongsi pelbagai pandangan tentang buku, budaya membaca dan rak buku. Isu ini menarik dibincangkan dan membawa respon yang rencam sama ada positif atau negatif.

Apabila isu ini tular, ia membuktikan masih wujud minat terhadap buku dan keperluannya dalam kehidupan ini sebagai sumber ilmiah, bacaan santai dan hobi. Malahan membaca buku menjadi aktiviti pilihan ketika musim PKP ini kerana ramai yang terpaksa duduk di rumah dan membaca dapat menghilangkan kebosanan.

Apakah respon anda? Kami mahu karya anda seputar isu buku dan rak buku. Alang-alang sudah tular, mari kita hasilkan sebuah buku yang menggabungkan pelbagai sudut pandang dalam bentuk karya kreatif atau umum.

SOALAN LAZIM:

1. Apakah tema projek penulisan ini?

Buku dan rak buku. Tema ini boleh ditafsirkan ringkas, namun ruang lingkup karya tidak terhad kepada buku dan rak buku secara fizikal. Anda boleh mengolah karya dengan mengupas isu seperti budaya membaca, hobi membaca dan pengalaman peribadi anda berkaitan buku dan rak buku mengikut daya kreativiti anda.

2. Apakah jenis karya yang boleh dihantar?

Anda boleh menghantar karya kreatif seperti.... Puisi tidak diterima. Selain itu, anda boleh menghantar karya umum seperti anekdot dan kupasan isu buku dan rak buku. 

3. Apakah yang boleh saya tulis?

Berikut adalah cadangan idea untuk penulisan anda:

Pengalaman anda menyediakan rak buku di rumah.
Buku yang anda simpan sebagai koleksi di rak buku.
Pengalaman manis/lucu/pahit berkaitan buku dan rak buku.
Pentingkah rak buku di rumah?
Di manakah sepatutnya diletakkan rak buku?
Rak buku dan estetika hiasan dalaman.

4. Siapa penerbit buku ini?

Buku ini akan diterbitkan dengan kerjasama Dua Penulis PLT dan Metromedia Solutions.

5. Apakah yang peserta perlu lakukan sekiranya karya dipilih?

Penyelenggara akan menghubungi peserta apabila karya anda terpilih untuk dibukukan. Proses suntingan akan dilakukan mengikut standard yang ditetapkan oleh penyelenggara.

Yuran pemuafakatan dikenakan sebanyak RM200 bagi setiap karya. Penulis akan menerima 10 buah buku selepas siap dicetak.

Maklumat bayaran akan diberikan selepas proses saringan dibuat.

6. Adakah penulis menerima royalti?

Projek Rak Buku Ruang Tamu ialah projek penulisan bersama dan cetakan adalah terhad. Tiada royalti akan dibayar oleh penerbit. Namun begitu, penulis berpeluang menjual buku dengan keuntungan sehingga 50 peratus.

Penulis akan mendapat diskaun 50 peratus atas harga jualan apabila membuat pesanan buku tambahan. Contoh:
Harga buku = RM29.00
Harga diskaun = RM14.50

7. Apakah manfaat lain untuk penulis?

Buku ini menambah portfolio anda sebagai penulis. Penulisan anda dapat diperkenalkan kepada khalayak pembaca dengan lebih pantas kerana anda hanya perlu menghasilkan karya pendek bagi tujuan penerbitan bersama.

8. Bagaimana pula dengan hak cipta?

Hak cipta karya adalah milik anda. Anda telah bersusah-payah untuknya. Pihak penerbit hanya memegang hak menerbitkan sahaja.

9. Apakah format penulisan?

i) Times New Roman 12
ii) Langkau 2 baris
iii) 4 muka surat
iv) Dalam format Word Document

10. Bagaimana menghantar karya?

i) Hasilkan sebuah karya penulisan (maksimum 4 muka surat, langkau dua baris) mengikut tema yang ditetapkan, iaitu buku dan rak buku.
ii) Hantarkan karya dalam format Microsoft Words kepada kami melalui e-mel rakbuku2020@gmail.com.
iii) Letakkan tajuk e-mel: Rak Buku Ruang Tamu
iv) Sertakan nama penuh, nombor telefon dan biodata ringkas dalam e-mel.

11. Bilakah tarikh tutup penyertaan?
Tarikh tutup bagi projek ini ialah 30 Jun 2020.

Sebarang soalan boleh diajukan kepada penyelenggara projek melalui e-mel ke rakbuku2020@gmail.com . Selamat menulis dan jangan lupa hantar karya anda kepada kami.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published