PROJEK ORKID - KISAH PENYAKIT MENTAL

Kenapa tahun ni aku rasa bagaikan tidak berfungsi?

Masuk tahun 2018, banyak kerja yang aku tak habiskan.

Ada 10 senarai impian yang aku mahu capai, 1 pun belum tentu lagi untuk aku laksanakan. Kelas mengaji al-Quran yang aku dah wujudkan sejak tahun 2016 pun aku dah hentikan pada tahun 2018.

Adakala seminggu aku tak boleh buat apa-apa. Adakala aku hanya mahu bermain aplikasi permainan di telefon bimbit saja selama seminggu. Memasak untuk suami pun aku rasa bagaikan suatu tugas yang sangat meletihkan biarpun aku tak buat apa-apa seharian.

Ada hari di mana idea dan ilham mencurah-curah bagaikan air terjun Niagara. Nak buat projek itu ini hingga 5, 6 projek terasa bersemangat nak buat. Beberapa hari selepas itu, terus datang rasa semua itu bagaikan mustahil. Fikir sahaja pun dah memenatkan, mood semua ke laut. Kembali tidur seharian.

Tak boleh jadi ni.

Atas kesedaran kesihatan mental yang sering diwar-warkan di dada Facebook membuatkan aku tergerak hati untuk meminta bantuan dari yang pakar. Aku redah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan daftarkan diri sebagai pesakit baru.

...

“Saya ingin maklumkan, awak memang ada masalah dan perlu dibantu. Simptom-simptom yang awak hadapi kini adalah lebih kepada Bipolar Disorder. Bipolar Disorder ini berkaitan dengan mood disorder di mana mood awak berubah secara drastik dari mod manic iaitu terlalu banyak energy kepada depression dimana awak rasa sangat tidak bersemangat.”

Akhirnya!

Aku gembira. Kerana aku sudah jumpa jawapan. Bermaksud, masih ada ruang untuk aku bantu diri aku bangkit! Alhamdulillah!

- Annur Ar-Rahim -

****

Anda ada kisah penyakit mental yang ingin dikongsi? Kami mengalu-alukan penyertaan dalam Projek Orkid - Mengubah Stigma Masyarakat Tentang Penyakit Mental.

Pengalaman anda mungkin dapat memberi semangat baru kepada mereka yang terkesan apabila mengetahui tentang diagnosis penyakit ini.

Kami akan memilih 10 -15 penyertaan untuk dibukukan. Harapan kami, buku yang akan dihasilkan ini dapat memberi inspirasi dan pendedahan kepada masyarakat di luar sana. 

Terma & Syarat:

1. Berdasarkan kisah benar.

2. Jumlah perkataan ialah 1,000-2,000 perkataan.

3. Ditulis dalam Bahasa Melayu dan menggunakan ejaan penuh.

4. Kisah adalah benar. Perubahan fakta seperti nama dan tempat dibenarkan untuk melindungi kerahsiaan. Pihak kami berhak menyemak kesahihan maklumat yang diberi.

5. Hantar fail format Microsoft Word ke dpenulis2019@gmail.com dengan tajuk e-mel "Projek Orkid".

6. Sertakan maklumat nama penuh, e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi.

7. Hantar sebelum 15 Februari 2019.

8. Jika kisah anda dipilih untuk menjadi buku, kami akan hubungi anda melalui e-mel yang diberikan.

***

Kongsi "Kisah Penyakit Mental" jika anda adalah pesakit, ahli keluarga atau penjaga pesakit mental. 

Hubungi kami di dpenulis2019@gmail.com untuk sebarang soalan.

Tiada idea untuk menulis? Cuba jawab soalan ini dan tuliskan kisah anda:

- Siapa pesakit?

- Jenis penyakit?

- Apakah yang berlaku apabila menerima berita tentang penyakit ini?

- Kaedah rawatan?

- Sokongan keluarga dan kenalan?

- Bagaimana menghadapi cabaran ini?

- Harapan sebagai pesakit / penjaga pesakit?

- Cadangan untuk terus hidup sihat

Jangan lupa hantarkan kisah anda kepada kami sebelum 15 Februari 2019.

Selamat menulis.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published