PROJEK LILI - KISAH SUKARELAWAN

Pulau Aur - Aku Datang. 

"Inilah anak murid kami. 12 orang semuanya. Daripada Darjah 1 hingga Darjah 6," kata Cikgu Norfaizah.

Aku tergamam. Dalam sebuah pulau yang indah ini, guru yang penuh berdedikasi sanggup meninggalkan kampung halaman. Perjuangan mendidik anak bangsa diteruskan.

Bilangan murid bukan pengukur. Malah kesungguhan seorang guru menerbitkan rasa kagum dalam diri ini.

Jika aku tidak mengikuti program bersama NGO ini, sudah tentu aku tidak dapat melihat sendiri keindahan Pulau Aur.

Jika aku tidak mengikuti program ini, sudah tentu aku tidak kenal sosok yang berkorban jiwa raga demi anak bangsa.

Jika aku tidak mengikuti program ini, sudah tentu aku tidak dapat berukhwah dengan penduduk kampung ini.

Perjalanan dengan bot laju selama 2 jam 30 minit terasa berbaloi. Pergi dan balik dari Jeti Mersing.

Aku mahu orang tahu. Mereka ini sebahagian daripada kita.

- Norsa'adah Ahmad

***

Susah ke nak buat kebajikan?

Sering kali kita memilih untuk memberi, sememangnya untuk membantu golongan yang memerlukan. Tenaga, wang dan masa dikorbankan. Kurang beban, ringan penderitaan, hidup lebih aman buat mereka.

Hakikatnya, ukhuwah dan nilai yang diperolehi itu paling mahal harganya. Kasih sayang dan empati, pengalaman dan perjuangan, setempat dan antarabangsa.

Kongsi kisah anda dalam dunia sukarelawan. Inspirasi yang kita cari, bakti yang mahu diabadi. Supaya lebih ramai insan berjiwa murni, sama-sama memberi. Hidup lebih harmoni.

Tema: Kerja Sukarelawan untuk Ummah

Mesej: Kasih sayang dan perjuangan

Terma & syarat:

1. Berdasarkan kisah benar

2. Jumlah perkataan 1,000 - 2,000

3. Ditulis dalam Bahasa Melayu dan menggunakan ejaan penuh.

4. Sertakan nama, emel dan no telefon untuk dihubungi

5. Hantar fail format Microsoft Word ke duapenulis@gmail.com dengan tajuk e-mel "Projek Lili".

6. Kisah yang terpilih akan dibukukan.

Kongsi kisah jika anda pernah menjalankan projek kebajikan sama ada dalam skala kecil atau besar. Individu atau berkumpulan. Setempat atau antarabangsa.

Hubungi kami di duapenulis@gmail.com

Tiada idea untuk menulis? Cuba jawab soalan ini dan tulis kisah anda.

- Nama projek (jika ada)

- Mengapa laksanakan projek? Matlamat utama?

- Apakah dorongan untuk memulakan projek?

- Apakah dorongan untuk menyertai projek?

- Cabang perjuangan seperti pendidikan, membasmi kemiskinan dan kelaparan, bela institusi kekeluargaan (anak yatim, ibu muda, dll), bantuan perubatan, dll.

- Siapa yang terlibat?

- Cabaran melaksanakan projek (kewangan, tenaga, konflik, dll.)

- Kesan kepada diri anda

- Kesan kepada benefisiari (pihak yang menerima manfaat)

- Mesej kepada pembaca

Jangan lupa hantarkan kepada duapenulis@gmail.com sebelum 20 Februari 2019. Selamat menulis.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published