Projek Kisah Kanser 2

Projek Kisah Kanser yang kami mulakan tahun lalu sudah berjaya diterbitkan menjadi buku. Projek Lavender yang menggabungkan 22 kisah pejuang kanser yang cekal melawan.

Kami menerima sambutan baik kepada buku Projek Lavender. Malahan, ramai yang menyatakan keinginan mahu berkongsi kisah mereka pula.

Oleh itu, kami buka Projek Kisah Kanser 2 dengan tema yang sama.

"We share to know we are not alone."

Terharu apabila buku ini dapat sampai kepada pembaca dan menyentuh hati mereka serta memberi pendedahan tentang kanser. Ini hanya sebahagian daripada kisah kita.

 ****

Anda ada kisah kanser yang ingin dikongsikan?

Projek baru kami ini mengalu-alukan penyertaan anda yang mempunyai ahli keluarga yang disahkan menghidap kanser. Pengalaman anda mungkin dapat memberi semangat baru kepada mereka yang terkesan apabila mengetahui kanser 'hadir' dalam hidup mereka.

Kami akan memilih 10-15 penyertaan untuk dibukukan. Harapan kami, buku yang akan dihasilkan ini dapat memberi inspirasi dan pendedahan kepada masyarakat di luar sana. 

Terma & Syarat:

1. Tulis kisah anda dalam Bahasa Melayu.

2. Anggaran perkataan ialah 800-2,000 perkataan.

3. Menggunakan ejaan penuh.

4. Kisah adalah benar. Perubahan fakta seperti nama dan tempat dibenarkan untuk melindungi kerahsiaan. Pihak kami berhak menyemak kesahihan maklumat yang diberi.

5. Hantar fail format Microsoft Word ke duapenulis@gmail.com dengan tajuk e-mel "Kisah Kanser".

6. Sertakan maklumat nama penuh, e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi.

7. Hantar sebelum 30 Jun 2018.

8. Jika kisah anda dipilih untuk menjadi buku, kami akan hubungi anda melalui e-mel yang diberikan.

***

Kongsi "Kisah Kanser" anda jika anda adalah ahli keluarga atau penjaga pesakit kanser. Atau jika anda adalah 'cancer survivor' juga dialukan untuk menghantar kisah anda.

Hubungi kami di duapenulis@gmail.com untuk sebarang soalan.

Tiada idea untuk menulis? Cuba jawab soalan ini dan tuliskan kisah kanser anda:

- Siapa pesakit kanser?

- Jenis kanser?

- Apakah yang berlaku apabila menerima berita tentang penyakit ini?

- Kaedah rawatan?

- Sokongan keluarga dan kenalan?

- Bagaimana menghadapi cabaran ini?

- Harapan sebagai penjaga pesakit?

- Harapan sebagai 'cancer survivor'?

Jangan lupa hantarkan kisah anda kepada kami sebelum 30 Jun 2018. Selamat menulis.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published