Projek Kisah Kanser

kisah kanser

Setahun lalu.

Menjelang Aidiladha Mak tak dapat telan bubur yang disuapkan. Demam panas. Langsung dikejarkan ke hospital.

Mak ditahan selepas ujian darah menunjukkan bilangan sel darah putih yang sangat banyak.

AML sangat pantas. Hari itu adalah hari terakhir Mak sedar. Selepas disuntik morfin sebagai ubat tahan sakit, Mak tak mampu bangun lagi. Sehingga dijemput Ilahi tujuh hari kemudian.

AML adalah sejenis kanser darah. Begitulah takdir di hujung usianya.

Dua bulan itu adalah tempoh yang mencabar buat kami. Harap dan putus asa bersilih ganti. Namun, takdir adalah milik Tuhan.

Pengalaman yang mahal buatku.

- Norsa'adah Ahmad

***

Anda ada kisah kanser yang ingin dikongsikan?

Projek baru kami ini mengalu-alukan penyertaan anda yang mempunyai ahli keluarga yang disahkan menghidap kanser. Pengalaman anda mungkin dapat memberi semangat baru kepada mereka yang terkesan apabila mengetahui kanser 'hadir' dalam hidup mereka.

Kami akan memilih 10-15 penyertaan untuk dibukukan. Harapan kami, buku yang akan dihasilkan ini dapat memberi inspirasi dan pendedahan kepada masyarakat di luar sana. 

Terma & Syarat:

1. Tulis kisah anda dalam Bahasa Melayu.

2. Anggaran perkataan ialah 800-2,000 perkataan.

3. Menggunakan ejaan penuh.

4. Kisah adalah benar. Perubahan fakta seperti nama dan tempat dibenarkan untuk melindungi kerahsiaan. Pihak kami berhak menyemak kesahihan maklumat yang diberi.

5. Hantar fail format Microsoft Word ke duapenulis@gmail.com dengan tajuk e-mel "Kisah Kanser".

6. Sertakan maklumat nama penuh, e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi.

7. Hantar sebelum 10 Oktober 2017.

8. Jika kisah anda dipilih untuk menjadi buku, kami akan hubungi anda melalui e-mel yang diberikan.

***

Kongsi "Kisah Kanser" anda jika anda adalah ahli keluarga atau penjaga pesakit kanser. Atau jika anda adalah 'cancer survivor' juga dialukan untuk menghantar kisah anda.

Hubungi kami di duapenulis@gmail.com untuk sebarang soalan.

Tiada idea untuk menulis? Cuba jawab soalan ini dan tuliskan kisah kanser anda:

- Siapa pesakit kanser?

- Jenis kanser?

- Apakah yang berlaku apabila menerima berita tentang penyakit ini?

- Kaedah rawatan?

- Sokongan keluarga dan kenalan?

- Bagaimana menghadapi cabaran ini?

- Harapan sebagai penjaga pesakit?

- Harapan sebagai 'cancer survivor'?

Jangan lupa hantarkan kisah anda kepada kami sebelum 10 Oktober 2017. Selamat menulis.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published