Oktober - Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Bulan kesedaran kanser payudara.

Kanser payudara antara kanser yang boleh dirawat dengan baik jika dapat dikesan lebih awal.

Bulan Oktober ialah bulan kesedaran kanser payudara. Buatlah pemeriksaan awal sekiranya ada tanda atau gejala yang berkaitan kanser ini.

Ramai pejuang kanser yang terus cekal dalam menjalani rawatan. Antaranya penulis dalam Tim Projek Lavender. Tidak mengenal putus asa dan turut memberi inspirasi kepada yang lain.

Selain pejuang kanser, ahli keluarga dan penjaga mempunyai peranan yang besar dalam mengharungi cabaran berkaitan kanser.

"Selagi hidup, saya perlu terus mencipta memori supaya saya boleh terus memberi kebaikan pada orang sekeliling." (Siti Alfatihah, penulis Projek Lavender 1)

Antara perkara yang dikongsikan dalam buku Projek Lavender ialah:

1. Kanser bukan hukuman. Sememangnya diuji dengan penyakit kritikal bukanlah hal yang mudah, namun ia adalah salah satu fasa dalam kehidupan kita untuk menguji kesabaran dan ketabahan diri.

2. Terus berusaha untuk menjalani rawatan yang disarankan oleh doktor tanpa kenal putus asa. Tidak dinafikan keletihan dan bebanan pada fizikal menyebabkan diri terasa lemah. Atas semangat untuk pulih, pejuang kanser gigih melalui semua proses rawatan.

3. Menerima diagnosis kanser dan segera bangkit dengan sokongan ahli keluarga dan orang yang terdekat. Memandang masa hadapan dengan lebih bermakna dan menghargai setiap detik dengan orang yang tersayang.

4. Pejuang kanser dan ahli keluarga berada dalam lingkungan kumpulan sokongan kanser supaya tidak berasa sendirian dalam perjuangan ini. Berkongsi rasa dan rahsia dengan sekumpulan insan yang mempunyai pengalaman serupa menjadikan perjalanan melawan kanser lebih ringan dan tidak keseorangan.

5. Fokus untuk hidup dengan bahagia dikelilingi oleh ahli keluarga dan orang yang disayangi. Sudah tentu ada fasa yang menyebabkan diri terasa lemah dan murung. Di sinilah peranan ahli keluarga untuk sama-sama memberi sokongan emosi.

6. Apabila diuji dengan kanser, isu kewangan juga perlu diberi perhatian. Kos rawatan yang mahal menjadi beban kepada pesakit dan ahli keluarga. Oleh sebab itu, perlindungan insurans atau takaful boleh membantu selain daripada sokongan lain oleh pihak hospital dan NGO.

7. Sebagai ahli masyarakat, kesedaran tentang kanser payudara dan penyakit kanser secara amnya sangat penting. Usah memandang ia sebagai hal yang enteng dan jadi lebih empati dengan ujian yang dilalui oleh pasangan, ahli keluarga, sahabat dan kenalan.

Projek Lavender mengumpulkan kisah oleh pejuang kanser. Mahu baca kisah mereka?

Boleh ke pautan ini.
https://bit.ly/Plavender
https://bit.ly/Plavender


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published